Sunday, May 31, 2009

tajol & ivan eusoff-episod 2

Ivan yang kaku dalam dakapan tajol. Air mata terus membasahi lantai. Namun, darah yang mengalir lagi laju melupuskan ais yang memutih. Tiada apa dalam fikiran tajol, hanya harapan untuk Ivan selamat. Tangan erat menggenggam beralaskan tangisan untuk seorang teman.

Ramai yang mengerumun terpaku adegan yang ditonton. Masing masing tak dapat menahan sebak. 10 minit berselang, pasukan keselamatan lantas membawa Ivan ke hospital. Tajol yang menemani erat menggenggam Ivan. “Adik akan selamat”, keluh Ivan nada terseak-esak. Memasuki bilik kecemasan adalah momen paling getir dalam hidup Tajol. Penatian ini amat menyiksakan.

Di suatu sudut, Tajol makin longlai. Mulutnya tak henti henti mengalunkan ayat-ayat doa. Tiada siapa yang ada selain Tajol. Ivan tiada siapa. Ayah dan ibunya sudah meninggal dunia, cuma ibu dan adik tiri. Ivan tiada nilai bagi mereka, Cuma beban yang menyesakkan rumah yang sudah sempit. Sebelum ini Tajol dah mengajak Ivan untuk tinggal bersama, tapi ivan tak nak menyusahkan Tajol. Baginya, rumah itu adalah peninggalan ayah, itu adalah tanggungjawab. Sejam berlalu, tiada perkhabaran dari bilik kecemasan. Nadi yang kian kencang beritma mengikut denyutan jantung.

Mengimbas kembali perkenalan mereka, semuanya adalah kebetulan. Seakan takdir menemukan mereka, fishball celup tepung menjadi sebab. Ianya menjadi obsess bagi Tajol. Nostalgia bersama ayahnya takkan dilupakan. Dengan muka tak malu, Tajol meminta sebiji fishball dari Ivan ketika menunggu komuter, walaupun mereka saling tak mengenali. Detik itu menjadi saat terpenting dalam hidup Ivan, sekurangnya ada tempat mengadu. Entah kenapa Tajol senang dengan sikap Ivan, walau dia seorang yang memilih dalam berkawan. Tajol tak ramai kawan, tapi bila dia baik dengan seseorang, dia adalah kawan yang setia. Baginya, kawan adalah adik beradik, terutama mereka yang berjauhan dengan keluarga.

Pejamkan mata, tanya pada diri anda, adakah pernah memiliki seorang best fren? member tempat mengadu, tempat gelak ketawa, berkongsi suka duka. Bila kita tiada, dia akan boring, begitu juga dengan kita. Tiada perasaan malu untuk berkongsi apa saja. Ketika kita pulang, dia akan pesan “drive baik-baik, nanti sampai bagitau k dan take care bro”. Itu perhubungan cuma kami yang faham. Mungkin orang lain melihat keakraban sebagai janggal, tapi kita yang faham. Pedulikan mereka. Hargailah apa yang ada selagi ianya milik kita. Hubungan ini tiada aliran darah yang menghubung, cuma janji yang diikat, “I hope our frenship will be long lasting”, ungkapan yang pasti takkan dilupakan oleh Tajol.

Jam dinding menunjukkan pukul 3 pagi. Ivan masih tiada berita di dalam. Keresahan Tajol masih terasa walaupun matanya kebal melawan rasa mengantuk. Tiba-tiba doktor keluar lantas langkah tajol makin laju menerkam. Matanya kembali bersinar, mengharapkan berita baik untuk Ivan.” Ivan bagaimana doctor, bagaimana?. Jantung kembali berdegup kencang menanti jawapan

Bersambung….

Tuesday, May 12, 2009

farewell

Farewell kembali lagi. Seorang demi seorang pergi meninggalkan aku. Perubahan makin terasa. Hubungan yang bersandarkan pada gelak ketawa, memang tiada yang kekal. Ego menguasai diri dari menzahirkan perasaan hiba. tiada darah yang menyambung pertalian kami, hanya memori yang kekal bersama.

Kami pergi kerana cita-cita. ianya perlu untuk menjamin kedudukan kami yang genting selagi bertapak disini. peluang yang hadir sukar untuk dilepaskan, walau ianya akan mengorbankan persaudaraan kami.

Team bowling tak dapat main. Juara bertahan tidak lagi muncul...Kenapa ada perpisahan sedangkan pertemuan baru menjengah. fareweel dulu adalah paling menyakitkan. Kenapa pada hari genting sebegitu, menjadi hari paling mengelirukan. kami x bersua muka, dan xbertegur sapa. Masing2 ego mempertahankan keputusan, walau akhirnya, merugikan kita.

Mujurlah, kita sempat sedar akan indah hubungan ini. terima kesih atas prihatin, kita masih kekal.