Tuesday, May 12, 2009

farewell

Farewell kembali lagi. Seorang demi seorang pergi meninggalkan aku. Perubahan makin terasa. Hubungan yang bersandarkan pada gelak ketawa, memang tiada yang kekal. Ego menguasai diri dari menzahirkan perasaan hiba. tiada darah yang menyambung pertalian kami, hanya memori yang kekal bersama.

Kami pergi kerana cita-cita. ianya perlu untuk menjamin kedudukan kami yang genting selagi bertapak disini. peluang yang hadir sukar untuk dilepaskan, walau ianya akan mengorbankan persaudaraan kami.

Team bowling tak dapat main. Juara bertahan tidak lagi muncul...Kenapa ada perpisahan sedangkan pertemuan baru menjengah. fareweel dulu adalah paling menyakitkan. Kenapa pada hari genting sebegitu, menjadi hari paling mengelirukan. kami x bersua muka, dan xbertegur sapa. Masing2 ego mempertahankan keputusan, walau akhirnya, merugikan kita.

Mujurlah, kita sempat sedar akan indah hubungan ini. terima kesih atas prihatin, kita masih kekal.

No comments:

Post a Comment