Saturday, October 13, 2012
Saya adalah Tajol Asri
Dan apabila saya memutuskan untuk menjaga kamu, saya telah memberikan sepenuh jiwa saya kepada kamu. Setiap detik dalam fikiran saya, hanya tahu untuk menggembirakan kamu. Pernah saya susah, pernah saya x mampu, pernah saya lapar, tapi saya x tahu bagaimana caranya untuk memberitahu kamu. saya diam..
Pernah saya kecewa, pernah saya sedih, pernah saya x suka apa kamu lakukan. Tapi saya takut u meluahkan perasaan saya. Tapi bila saya x tahan, saya cuba luahkan. Adakah saya ada hak untuk bersuara, jika akhirnya kita akan bergaduh? saya diam.
Ketika saya cuba untuk menjarakkan diri saya kepada kamu, saya x mampu. saya cuba bersedia u berdepan dengan keadaan apabila kamu tidak lagi disisi saya. saya x mampu.saya cuba menghabiskan sehari saya tanpa kamu, saya x mampu.tahukan kamu betapa besarnya cinta saya kepada kamu sehingga saya akan korbankan diri saya dahulu u menyelamatkan kamu?
saya tidak tahu apakah yg saya lakukan ini akan membuatkan kamu lebih sayang saya..atau kamu akan pergi begitu sahaja tanpa rasa kesal. saya hanya insan biasa yg melakukan silap. Silap kerana dahagakan perhatian dari kamu. dahagakan kasih sayang kamu. dan apabila kamu melebihkan orang lain, rasa cemburu akan timbul hingga saya hilang kawalan. Apakah sy tiada hak untuk meminta?
Di akhir perjalanan kisah kita. saya tidak tahu apakah saya perlu toleh kebelakang kembali. saya menunggu kamu si simpang ini, memujuk kamu u kembali, merayu u disayangi..Tapi kamu tetap pergi meninggalkan saya dengan tubuh yg lemah ini. Seandainya kamu boleh melepaskan saya dengan keadaan nyawa saya terancam..maknanya kamu bersedia dengan pemergian saya?
Setiap detik hingga kini, saya mengharapkan kamu datang u memeluk saya. kecuali saya tidak bernyawa lagi..
tajol Asri.
13 October 2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment