Tuesday, March 17, 2009

our trip

Ini adalah trip kami bersama dan pertama. Ia adalah moment yg tak boleh kami lupakan. Apa yang kami plan selama ini tercapai jua akhirnya. Bersama abang aku, jesin, lets have fun with us:

12.30: Aku ponteng keje sebab nak kejar flight pukul 5 petang. Tahu lambat lagi, tapi abang zex nak keje pukul 3, so kene hantar awal la. bro mc. So, abis semua keje, terus blah.

15.00 : kami sampai kat KLIA. Terpinga2 camne nak guna mesin cek tiket. Tapi last2 dapat gak.

Jam baru kol 3, so kene tunggu 4 atleast 2 hours. Pusing 2 kat KLIA, lepak ka MCd jap. Bro dahaga, so kami p cari air sat..hmmm.kat pusrawi.haha.

5.00: Kami p check-in. Kesian bro, terbawak gunting, kene tahan kat security.hehe. Melepas gak gunting nak potong bulu.Huhu. Kami masuk flight. Bro nampak excited gile. Fuh, dapat plak sit tepi wings. Itu adalah impian bro. Aku masih ingat, dia berhajat nak dok tepi wings, and for the 1st time there, dia dapat gak. We are exited gile. Amek a lot of pic and video. Haha..Owh, flight dah terbang,,,tetiba jantung ku berdebar..gayat..pelik gak.aku yang dah beberapa kali naik flight plak yg neves.bro cool as usual walau aku tau dalam hati and seluar..kecut tu!! Haha. Telinga masuk angin, xdengar ape pun..bro suh telan air liur..tapi xde kesan.

6.00: Sampai kat langkawi international airport. Fuyyo..we are here!! Lats rock the island babe. Gembira bukan kepalang. Memang best r. Kami menjerit sepuasnya. Teruja! Ambek kete sewa..hum .kancil je. Rm 100 u dua hari..kami p cari hotel plak. Susah gak cari yg murah,lepak makan laksa. Bro makan sup utara.ait kelapa,share. Da kenyang, p cari tepat tido paling murah..last2 dapat gak kar sugary sand motel..rm 100 u 2 hari. Done.

7.30: kami p jalan2 kat cenang . banyak kedai makan..hum..makan kat restoren hj. Ismail. Hampeh . xsedap lasung!!..bro beli wafer and corn u aku..share.best gak. Jalan2 cuci mate. Banyak mat saleh yg lepak sepanjang jalan cenang ni. Aduh..aku cari slipa coz pakai kasut sakit gla..last dapat slipa kuning rm 4.50.alhai..tajam plak.sakit.tapi xpa..bro nak tukar. thanks bro. Kami jalan2 naik kancil p keliling pulau. Sampai kat dataran helang. Sunyi gile.adala a few kapel..kami je kapel sibling..haha.amek a few pic.

12.00 : malam nak ujan. Kami gegas balik. Tapi last2 x ujan pun. Kami lepak makan kuaci kat pantai cenang balakng motel kami. Sebelum tu kami beli e few basic things like shampoo, sabun. Bro nak kuaci and aku nak potato chip. Kami borak2 fasal our dream. Skang ekonomi dah down,,kami ade plan nak setup bisnes dobi. Insyaallah, wei’ll be the bisnesman. Bro cite fasal famly die. Aku memang salut bro..die jadi kepala keluarga. Banyak gaji die spend u keluarga. Kadang2 air mata aku nak mengalir bile dengar cite die. Cuma ego je menghalang. Yes..aku memang sayang bro. Dia banyak nasihat aku sebab lepas ni die dah pindah keje. Mula2 aku seedy gile. Tapi xpa.aku caye kan bro. Dia will xan lupakan aku.sebab aku ni adik dia.haha.kan bro?? huh, mata da ngantop..tido dlu..hehe

8.00 am: 13/3/09: aku bangun pagi macam biasa.Bro still ngan slimut die.aku p bayar trip ke HOPPING ISLAND nye pakej Rm 35 SORANG. Ade 3 place, pulau dayang bunting, eagle feeding and last kat pulau beras basah.

9.00 : kami bertolak ke jeti ngan van yang datang amek. Bro nampak pucat sket, maybe x cukup tido kot. Kami naik bot ngan mat saleh 1 famly, London, Korean and 1 couple of Indian (Malaysia kot) yang baru kawen. So sweet. Dah naik bot, apa lagi lets go babe, amek pic banyak gile..xcited and bro nampak cool smacam je. Apa ni bro???haha. sampai tasek dayang bunting ,brother bot tu tunjuk gunung bentuk/curve macam pompuan mengandong, tu sebab nama dayang buting. Aduh..dalam gile tasek tu.bro sempoi terjun sebab pandai brenang,aku la tersengeh2 p sewa plampong.malu gile ..bro gelakkan aku…arrhhg…lantak.aku nak mandi.xkesah sape nak gelak.lepas sejam kami p tengok helang makan. Best gak..tapi kejap je..ok la.then last trip ke pulau beras basah. So nice. I luv beach. Tapi bro xsuka. Aku da agak. Dua perkara yang paling die x suka: 1: PANAS/PELUH. 2: MANDI PANTAI.so, terpaksa lah aku mandi soram2…best gla..tapi spoil sket bro x join.kol 1.30 kami bertolak pulang….

2.00 pm. Kami sampai kat umah. Skang time to lunch..bro bawak p makan KFC.hehe.save sket. Macam biasa, kami makan set A, bro tide and aku rib.

3.00: kami p naik kete kabel kat pulau mat cincang. Bro nampak penat n asyik sms je. Hmm.Panas terik.dah tau dah,,mesti bro x suka.hehe. Mase gondola naik,,aduh.neves gile.apa lagi..kami amek pic banyak2. sampai stesyen 1st,kami teruja. Memang view yg cantek gla.aku cam x caye..at last..dapat gak naik gunung tu..sesi bergambar ditersukan kat atas sana..then proceed to 2nd station and jambatan bengkok. Angin memang best. Fuyyo..bro thanks coz plan dis trip..suka r. Penat gile.aku mencapai air mineral kat atas…laju gla tegok.

5.00: Time to shopping!!!..kami p kuah town u soping. Sampai je kat town, terus serbu kedai haji ismail. Beli coklat sampai 100 rm.!! Bro bagi tips fasal coklat..Memang best gla mase milih,,masa nak baya..aduh..erat cikit.hehe. then p bli kain batik u mak aku..xpandai r nak pilih.hehe.bantai jer..

7.00: makan time..malam ni kami makan kat kedai kelantan. Makan nasi putih+tomyam+tlur dadar+ ayam paprik+ and nasi lemak.haha.laparla. Then, bro p beli kain batik and kami terus p tengok wayang kat langkawi parade. Cite dragon Ball.haha. sebenarnya..dragon bola de 7 bijik semuanye…aku ngantop..so x bagi full attention to dis movie.but not bad la..3.5 star. Sori bro..wa ajak lu tengo wayang. Wa tau lu x minat cite fantasi.hehe.asyik sms je?

12.30: Kami sampai kat motel..aku terus landing baek nye..bro x tido..p lepak kat pantai sorang2.sory bro.wa nak teman lu..tapi ngatop ya amat ni..lau boleh wa nak spend the whole time with u until u leaving me.haha..

9.00 a.m: 14/3/09: aku bangun tdo.bro still tido. Aku kejutkan bro. Cute betol tdo.haha. berat hati nak kejut. Kol 10 bro bangun. Kami packing barang2.kol 12 kami gerak p air terjun telaga tujuh. Lagenda menceritakan, ada 7 puteri mewakili setiap telaga. Aduh penat gile naik bukit ni. Peluh satu badan. Kecian bro,,penat gile.tapi xpe..he’s strong man. But die memang x suka peluh2 ni. Sampai puncak, kami dihidangkan dengan 3 dara yg sedang berbikini mandi. Fuh,melepak n gebu. Lepas je 3 jalang tu blah, kami terus amek port. Bro ajar aku berenang. Best gla. Sejuk, damai n xde sape kacau kami. Haha. View paling best ka puncak sana. Aduh,,,berat nak tinggalkan tempat ni.

2.00 pm. Kami singgah makan laksa n bro makan pasembok…hehe. Tepi pantai yg biru, angina yang kuat sekali,aduh nyaman gile..kami share our dish..biasa r.tukar2.

3.00 pm: kami bertolak ke jeti dari airpot.amek cab rm 24. Berat gile rasa hati. Bro ade keje lain hari ahad. Dats y we need back. Kalau ikut hati aku nak stay sampai isnin..xpe..dah cukup ni.

4.00pm; kami bertolak dari jeti langkawi ke kuala perlis. Berat hati. Bro ada kat tepi dengan senyum jambunya. Kami sampai pukul 5.30 dengan bayaran rm 18 sorang. Ok la.

7.00 pm: naik bus ke KL. Sampai kol 3 pagi. Abang zex dating amek. P puchong and tido kat sana. Bertolak ke ampang pukul 12 t.hari . Bro anta.

End.

4 comments: