Sunday, April 26, 2009

Tajol & Ivan eusoff

Ivan Eusoff keseorangan dalam kegelapan. Kematian kedua ibu bapa nya masih lagi menjadi tanda tanya. Deringan telefon mengejutkan malam.Langkah makin jauh, disakat ibu tirinya yang mengaum kemarahan. Persetan, langkah ivan makin laju, menerpa kepada rakannya, tajol yang sedia di dalam kereta Honda city barunya.

Tajol, seorang engineer di syarikat multinasional adalah kawan yang begitu setia. Entah kenapa ivan begitu senang dengan sikap tajol, walau kadang2 tajol ni suka menyakat ivan.Tajol melihat mata ivan yang sepet. Rasa hibanya makin menular kepelusuk rasa. Bagi tajol, dia berjanji akan menjaga ivan. Tiada darah yang menghubungkan mereka, Cuma hanya rasa sedih yang mencengkam sanubari.

Deruman kereta yang memecah keheningan malam terus menerpa ke satu sudut sunyi. Haruman wangian semerbak. Mereka meneruskan perjalanan ke Sunway Pyramid di Bandar Sunway. Langkah Ivan makin laju. Tajol menggeleng kepala tanda membantah.

Hari ini genap 2 bulan perkenalan mereka, tetapi keakraban mereka terlalu utuh. Tajol baru sahaja kehilangan awek. Tapi sedikitpun tak terasa asing. Ivan masih ada. Ivan adalah adik. Itu tanggungjawab aku, bisik tajol sambil tersenyum. Mereka terus ke menepa ke kaunter GSC.” Hmmm, tengok cite ape ek?”, ivan bertanya. Fast and Furious 4?? Mereka besetuju.

Menunggu tayangan pukul 10 malam. Masih ada 2 jam sebelum midnight bermula. Mereka menjamah big apple yang baru dibeli di suatu sudut, sambil melihat gelagat mereka yang bermain ice skating, terdetik dihati untuk mencuba. Tapi ego masih terlalu tinggi tatkala terfikir kalau terjatuh.

Tatkala mata meliar melhat gelagat orang ramai, terkesima mata ivan memandang seorang awek yang sungguh cantik. Jantung mulai deras berdegup. Tajol memerhati ivan sambil tersenyum. Bagi tajol she’s not his type. Tajol orang kampung yang inginkan calon isteri yang bertudung. Tapi ivan yang more urban, itu adalah type nya. Matanya yang sepet makin membesar. “Ivan dah besar rupanya” , keluh tajol.

“Dommmm!!”, keadaan tiba-tiba menjadi bising. Bunyi yang kuat membuatkan Tajol terjaga dari lamunan. Melihat sekeliling, Ivan hilang dari pandangan. Jantung mulai berdegup kencang seakan sesuatu yang tak kena. Ramai yang menjerit, menjadikan Tajol terus panic mencari Ivan. Memandang ke bawah gelanggang ice skating, sekujur tubuh kaku di genangi darah hitam yang laju memancut. Itu Ivan. Tajol terpaku. Ivan jatuh dari tingkat 2. “Ivannnnnn”, Tajol menjerit sekuat hati sambil langkah laju terus dihayun menuju ke bawah. Air mata jantan terus deras meliar ke pipi…

Bersambung…

3 comments:

  1. aku jadi novelis ni..bakal jadi cam minah k. rowling?? hua hua..yg buat harry potter. ni adalah keluaran sulung kampeni aku.

    ReplyDelete
  2. wey cepat la sambungan yo..
    adui lmbt btl la..

    ReplyDelete