Tuesday, November 2, 2010

End of jouney or end of life??

Mendengar berita u nak ke Australia..hati saya bertanya2..boleh x saya nak pegi skali..tapi u cakap u "it was a dream trip"..nak celebrate membe u dapat jadi pilot..then i ok jer..then..everyday i miss u..tapi i happy je..sebab i know u got same feeling on me..Then..after u back..semuanya jadi lain. U senyap je..i x tahu how to react..till the day u tell me everythings. Ianya mengejutkan saya..KENAPA?? if u think u r very realistic person..then y u choose me at 1st?? siapa saya?? saya x ensem pun..saya x kaya..saya x de ape2..kenapa kamu memilih saya pada muala2??? kenapa saya jadi mangsa kamu?? Kalau u tahu kita x kan bersama kenapa masa kita gaduh kat hospital dulu..u still nak temankan i?? Kenapa kamu marah saya pergi tasik permaisuri..kalau kamu x kisah pun fasal saya?? then..now?? u x bagi peluang langsung..its too cruel!

everynite i cant sleep n ask my self..WHY?? y i still love u..y i still cant accpet this??..u told that everything u do on me for last 5 months was FAKE..but my feeling is TRUE!! wat u give is TRUE!!!! Kenapa kamu nak berpisah kalau kamu x beritahu pun apa kekurangan saya sebelum ni?? kalau u cakap.then..
U say communication is important,.then..??u keep silent..

u boleh cakap 10000XXX alasan u sy benci kamu..tapi saya x percaya semua itu. apa yg kamu beri pada saya sungguh indah..dan kamu sungguh ikhlas!..kamu memikul banyak beban..tapi kamu x nak kongsi.setiap kali jumpa..sy akan pesan..kalau ada apa yg u x suka..u cakap k..sebenarnya..dah lama sy nak tanya satu soalan..'KALAU U X SUKA I SMS KERAP..THEN U BAGITAHU OK..ACTUALLY I RASA IM TOO MUCH..BUT U PERNAH CAKAP..KALAU U DIAM..MAKNANYA U X MARAH"..tapi it was my mistake..kalau i kenal u ..then..maybe our skrip jadi lain..

i sayangkan u dengan sepenuh hati..x kisah siapa u..sayang..dalam dunia ni..ada dua jenis manusia..dia MENDEKATI KAMU SEBAB APA YG KAMU ADA (KELEBIHAN).DAN MENDEKATI KAMU SEBAB SIAPA DIRI KAMU (KEKURANGAN)..BERILAH PELUANG U SAYA MENYAYANGI KAMU..

bagi saya masa bukan penentu u seseoang itu berubah..tapi siapa yang merubah kehidpan seseorang..maknanya saya telah gagal u memberi kamu satu perasaan..iaitu kasih sayang..tetapi cukupla kamu tahu yg saya sayangkan kamu..Kehidupan seseorang ialah siapa yg berada dalam sekeliling kamu (dan hubungi kamu) pada sesuatu masa..jika kamu cakap yg x semestinya kene contact even dalam masa 2 minggu pun..then..wat is relationship is ol about?? masing2 menjalani hidup masing??

terima kasih okey. saya sayang kamu..walau siapa diri kamu..:(..i I'll npt give up..love u so much..till end of my life..:

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya

Harini 27 Ramadhan 1431 H, teringin nak menulis balik di blog yang sudah lama ku tinggalkan. So, berikut tentatif/ringkasan perjalanan hidupku untuk past few month:

1. MAC:- Menerima surat lantikan menjadi pegawai PTD. Yahoo!!..gembira bercampur dengan konfius, sebab kerja sekarang dah ok n gaji 2X dari gomen.

2. APRIL:- Akhirnya menerima lantikan sebagai PTD, tetapi kena kerja sensata lagi sebulan sebab ada kontak lagi.Ditempatkan di MOSTI, Putrajaya

3. MEI:- Lapor diri di JPA, dan menerima berita buruk, kerana ditukarkan ke KKR, KL.
- Lapor diri di KKR, dan meringkuk selama sebulan di library kerana xde
penempatan.
- Pada 27 Mei, ditempatkan di bahagian Perancangan Korporat as Penolong
Setiausaha PK 1, Unit Inspektorat
- Menghadiri konvokesyen Adik di Politeknik JB.
-Join Fitness First

4. JUN: - Adik masuk Hospital akibat pendarahan yang teruk. Perasaan makin terganggu
memikirkan kesihatan dia.
- Attend Kursus Pengenalan PTD di INTAN Terengganu, dan berjumpa dengan
sayang :)
- 1st Date dengan sayang di 1 Utama, tengok wayang. Hubungan makin rapat.
- Adik disahkan menghidap barah Serviks Tahap 4. tapi masa tu aku x tahu stage
4 tu apa, dan masih yakin dia akan selamat.

5.JULAI: - Adik meninggal dunia pada 2 Julai di Hospital. kami masih tidak percaya.
Kehilangan yang begitu dirasaai.

6. OGOS: -Umat islam mula berpuasa, dan ini adalah Ramadhan pertama tanpa adikku.
Tapi insan yang baru kukenali banyak membantu untuk tidak bersedih. Thanks
sayangku!!!
- Percutian di Pulau Tioman pada bulan puasa sungguh menguji imanku!!Tapi
ianya menjadi kenangan paling Indah pernah ku alami..Thanks k!!

7. September- CElebrate besday ngan sayang kat Pavilion. Sungguh terharu, makan kek
secret recipe. Dia menyuapkan ke dalam mulutku...hehe..( tapi selepas
disuruh,,haizz..x romantik langsung..tapi so cute..love u dear!!)
-Insyaallah, akan pulang ke kampong pada esok, 7 September

Sunday, September 5, 2010

Wednesday, July 8, 2009

Tajol & Ivan Eusoff- Episod Akhir

Jam yang berlalu membuktikan kesetiaan tajol sebagai sahabat. Ketika peluh doktor masih lagi menitik mengikut arus graviti, mulutnya terus terpacul mengucap ayat-ayat yang amat memedihkan. "Ucapkan selamat tinggal untuk dia, semoga rohnya tenang di alam sana", berlalu begitu saja. tajol masih kebingungan, seakan ianya sebuah cerita. Entah kenapa jiwanya tenang seakan merelakan pemergian ivan. Perkenalan begitu singkat, tapi ianya penuh dengan warna perasaan. Pertalian mereka tiada siapa yang faham. Adik pergi jua, melangkah ke destinasi seterusny, walau kadang2 kita x pernah menjangkakan. Setiap detik amat bernilai selepas semuanya pergi meninggalkan kita. Adanya kita bersama teman hari ini, hargailah. Untuk Ivan Eusoff, tajol hanya mampu berdoa agar roh nya tenang dan di berkati.

Kini, tiada lagi rasa rungsing dihati, tatkala ivan x membalas sms, atau tiada panggilan masuk. hatinya sudah tahu yang ivan ada dimana. Kenangan bersama hanya disimpan, x perlu di kenang. Kerana Dimensi baru sudah tiba dan kita harus melangkah pergi..
Tubuh lesu tajol di sudut hospital.....
Bro..selamat tinggal.

Sunday, May 31, 2009

tajol & ivan eusoff-episod 2

Ivan yang kaku dalam dakapan tajol. Air mata terus membasahi lantai. Namun, darah yang mengalir lagi laju melupuskan ais yang memutih. Tiada apa dalam fikiran tajol, hanya harapan untuk Ivan selamat. Tangan erat menggenggam beralaskan tangisan untuk seorang teman.

Ramai yang mengerumun terpaku adegan yang ditonton. Masing masing tak dapat menahan sebak. 10 minit berselang, pasukan keselamatan lantas membawa Ivan ke hospital. Tajol yang menemani erat menggenggam Ivan. “Adik akan selamat”, keluh Ivan nada terseak-esak. Memasuki bilik kecemasan adalah momen paling getir dalam hidup Tajol. Penatian ini amat menyiksakan.

Di suatu sudut, Tajol makin longlai. Mulutnya tak henti henti mengalunkan ayat-ayat doa. Tiada siapa yang ada selain Tajol. Ivan tiada siapa. Ayah dan ibunya sudah meninggal dunia, cuma ibu dan adik tiri. Ivan tiada nilai bagi mereka, Cuma beban yang menyesakkan rumah yang sudah sempit. Sebelum ini Tajol dah mengajak Ivan untuk tinggal bersama, tapi ivan tak nak menyusahkan Tajol. Baginya, rumah itu adalah peninggalan ayah, itu adalah tanggungjawab. Sejam berlalu, tiada perkhabaran dari bilik kecemasan. Nadi yang kian kencang beritma mengikut denyutan jantung.

Mengimbas kembali perkenalan mereka, semuanya adalah kebetulan. Seakan takdir menemukan mereka, fishball celup tepung menjadi sebab. Ianya menjadi obsess bagi Tajol. Nostalgia bersama ayahnya takkan dilupakan. Dengan muka tak malu, Tajol meminta sebiji fishball dari Ivan ketika menunggu komuter, walaupun mereka saling tak mengenali. Detik itu menjadi saat terpenting dalam hidup Ivan, sekurangnya ada tempat mengadu. Entah kenapa Tajol senang dengan sikap Ivan, walau dia seorang yang memilih dalam berkawan. Tajol tak ramai kawan, tapi bila dia baik dengan seseorang, dia adalah kawan yang setia. Baginya, kawan adalah adik beradik, terutama mereka yang berjauhan dengan keluarga.

Pejamkan mata, tanya pada diri anda, adakah pernah memiliki seorang best fren? member tempat mengadu, tempat gelak ketawa, berkongsi suka duka. Bila kita tiada, dia akan boring, begitu juga dengan kita. Tiada perasaan malu untuk berkongsi apa saja. Ketika kita pulang, dia akan pesan “drive baik-baik, nanti sampai bagitau k dan take care bro”. Itu perhubungan cuma kami yang faham. Mungkin orang lain melihat keakraban sebagai janggal, tapi kita yang faham. Pedulikan mereka. Hargailah apa yang ada selagi ianya milik kita. Hubungan ini tiada aliran darah yang menghubung, cuma janji yang diikat, “I hope our frenship will be long lasting”, ungkapan yang pasti takkan dilupakan oleh Tajol.

Jam dinding menunjukkan pukul 3 pagi. Ivan masih tiada berita di dalam. Keresahan Tajol masih terasa walaupun matanya kebal melawan rasa mengantuk. Tiba-tiba doktor keluar lantas langkah tajol makin laju menerkam. Matanya kembali bersinar, mengharapkan berita baik untuk Ivan.” Ivan bagaimana doctor, bagaimana?. Jantung kembali berdegup kencang menanti jawapan

Bersambung….

Tuesday, May 12, 2009

farewell

Farewell kembali lagi. Seorang demi seorang pergi meninggalkan aku. Perubahan makin terasa. Hubungan yang bersandarkan pada gelak ketawa, memang tiada yang kekal. Ego menguasai diri dari menzahirkan perasaan hiba. tiada darah yang menyambung pertalian kami, hanya memori yang kekal bersama.

Kami pergi kerana cita-cita. ianya perlu untuk menjamin kedudukan kami yang genting selagi bertapak disini. peluang yang hadir sukar untuk dilepaskan, walau ianya akan mengorbankan persaudaraan kami.

Team bowling tak dapat main. Juara bertahan tidak lagi muncul...Kenapa ada perpisahan sedangkan pertemuan baru menjengah. fareweel dulu adalah paling menyakitkan. Kenapa pada hari genting sebegitu, menjadi hari paling mengelirukan. kami x bersua muka, dan xbertegur sapa. Masing2 ego mempertahankan keputusan, walau akhirnya, merugikan kita.

Mujurlah, kita sempat sedar akan indah hubungan ini. terima kesih atas prihatin, kita masih kekal.