Wednesday, July 8, 2009

Tajol & Ivan Eusoff- Episod Akhir

Jam yang berlalu membuktikan kesetiaan tajol sebagai sahabat. Ketika peluh doktor masih lagi menitik mengikut arus graviti, mulutnya terus terpacul mengucap ayat-ayat yang amat memedihkan. "Ucapkan selamat tinggal untuk dia, semoga rohnya tenang di alam sana", berlalu begitu saja. tajol masih kebingungan, seakan ianya sebuah cerita. Entah kenapa jiwanya tenang seakan merelakan pemergian ivan. Perkenalan begitu singkat, tapi ianya penuh dengan warna perasaan. Pertalian mereka tiada siapa yang faham. Adik pergi jua, melangkah ke destinasi seterusny, walau kadang2 kita x pernah menjangkakan. Setiap detik amat bernilai selepas semuanya pergi meninggalkan kita. Adanya kita bersama teman hari ini, hargailah. Untuk Ivan Eusoff, tajol hanya mampu berdoa agar roh nya tenang dan di berkati.

Kini, tiada lagi rasa rungsing dihati, tatkala ivan x membalas sms, atau tiada panggilan masuk. hatinya sudah tahu yang ivan ada dimana. Kenangan bersama hanya disimpan, x perlu di kenang. Kerana Dimensi baru sudah tiba dan kita harus melangkah pergi..
Tubuh lesu tajol di sudut hospital.....
Bro..selamat tinggal.

Sunday, May 31, 2009

tajol & ivan eusoff-episod 2

Ivan yang kaku dalam dakapan tajol. Air mata terus membasahi lantai. Namun, darah yang mengalir lagi laju melupuskan ais yang memutih. Tiada apa dalam fikiran tajol, hanya harapan untuk Ivan selamat. Tangan erat menggenggam beralaskan tangisan untuk seorang teman.

Ramai yang mengerumun terpaku adegan yang ditonton. Masing masing tak dapat menahan sebak. 10 minit berselang, pasukan keselamatan lantas membawa Ivan ke hospital. Tajol yang menemani erat menggenggam Ivan. “Adik akan selamat”, keluh Ivan nada terseak-esak. Memasuki bilik kecemasan adalah momen paling getir dalam hidup Tajol. Penatian ini amat menyiksakan.

Di suatu sudut, Tajol makin longlai. Mulutnya tak henti henti mengalunkan ayat-ayat doa. Tiada siapa yang ada selain Tajol. Ivan tiada siapa. Ayah dan ibunya sudah meninggal dunia, cuma ibu dan adik tiri. Ivan tiada nilai bagi mereka, Cuma beban yang menyesakkan rumah yang sudah sempit. Sebelum ini Tajol dah mengajak Ivan untuk tinggal bersama, tapi ivan tak nak menyusahkan Tajol. Baginya, rumah itu adalah peninggalan ayah, itu adalah tanggungjawab. Sejam berlalu, tiada perkhabaran dari bilik kecemasan. Nadi yang kian kencang beritma mengikut denyutan jantung.

Mengimbas kembali perkenalan mereka, semuanya adalah kebetulan. Seakan takdir menemukan mereka, fishball celup tepung menjadi sebab. Ianya menjadi obsess bagi Tajol. Nostalgia bersama ayahnya takkan dilupakan. Dengan muka tak malu, Tajol meminta sebiji fishball dari Ivan ketika menunggu komuter, walaupun mereka saling tak mengenali. Detik itu menjadi saat terpenting dalam hidup Ivan, sekurangnya ada tempat mengadu. Entah kenapa Tajol senang dengan sikap Ivan, walau dia seorang yang memilih dalam berkawan. Tajol tak ramai kawan, tapi bila dia baik dengan seseorang, dia adalah kawan yang setia. Baginya, kawan adalah adik beradik, terutama mereka yang berjauhan dengan keluarga.

Pejamkan mata, tanya pada diri anda, adakah pernah memiliki seorang best fren? member tempat mengadu, tempat gelak ketawa, berkongsi suka duka. Bila kita tiada, dia akan boring, begitu juga dengan kita. Tiada perasaan malu untuk berkongsi apa saja. Ketika kita pulang, dia akan pesan “drive baik-baik, nanti sampai bagitau k dan take care bro”. Itu perhubungan cuma kami yang faham. Mungkin orang lain melihat keakraban sebagai janggal, tapi kita yang faham. Pedulikan mereka. Hargailah apa yang ada selagi ianya milik kita. Hubungan ini tiada aliran darah yang menghubung, cuma janji yang diikat, “I hope our frenship will be long lasting”, ungkapan yang pasti takkan dilupakan oleh Tajol.

Jam dinding menunjukkan pukul 3 pagi. Ivan masih tiada berita di dalam. Keresahan Tajol masih terasa walaupun matanya kebal melawan rasa mengantuk. Tiba-tiba doktor keluar lantas langkah tajol makin laju menerkam. Matanya kembali bersinar, mengharapkan berita baik untuk Ivan.” Ivan bagaimana doctor, bagaimana?. Jantung kembali berdegup kencang menanti jawapan

Bersambung….

Tuesday, May 12, 2009

farewell

Farewell kembali lagi. Seorang demi seorang pergi meninggalkan aku. Perubahan makin terasa. Hubungan yang bersandarkan pada gelak ketawa, memang tiada yang kekal. Ego menguasai diri dari menzahirkan perasaan hiba. tiada darah yang menyambung pertalian kami, hanya memori yang kekal bersama.

Kami pergi kerana cita-cita. ianya perlu untuk menjamin kedudukan kami yang genting selagi bertapak disini. peluang yang hadir sukar untuk dilepaskan, walau ianya akan mengorbankan persaudaraan kami.

Team bowling tak dapat main. Juara bertahan tidak lagi muncul...Kenapa ada perpisahan sedangkan pertemuan baru menjengah. fareweel dulu adalah paling menyakitkan. Kenapa pada hari genting sebegitu, menjadi hari paling mengelirukan. kami x bersua muka, dan xbertegur sapa. Masing2 ego mempertahankan keputusan, walau akhirnya, merugikan kita.

Mujurlah, kita sempat sedar akan indah hubungan ini. terima kesih atas prihatin, kita masih kekal.

Sunday, April 26, 2009

Tajol & Ivan eusoff

Ivan Eusoff keseorangan dalam kegelapan. Kematian kedua ibu bapa nya masih lagi menjadi tanda tanya. Deringan telefon mengejutkan malam.Langkah makin jauh, disakat ibu tirinya yang mengaum kemarahan. Persetan, langkah ivan makin laju, menerpa kepada rakannya, tajol yang sedia di dalam kereta Honda city barunya.

Tajol, seorang engineer di syarikat multinasional adalah kawan yang begitu setia. Entah kenapa ivan begitu senang dengan sikap tajol, walau kadang2 tajol ni suka menyakat ivan.Tajol melihat mata ivan yang sepet. Rasa hibanya makin menular kepelusuk rasa. Bagi tajol, dia berjanji akan menjaga ivan. Tiada darah yang menghubungkan mereka, Cuma hanya rasa sedih yang mencengkam sanubari.

Deruman kereta yang memecah keheningan malam terus menerpa ke satu sudut sunyi. Haruman wangian semerbak. Mereka meneruskan perjalanan ke Sunway Pyramid di Bandar Sunway. Langkah Ivan makin laju. Tajol menggeleng kepala tanda membantah.

Hari ini genap 2 bulan perkenalan mereka, tetapi keakraban mereka terlalu utuh. Tajol baru sahaja kehilangan awek. Tapi sedikitpun tak terasa asing. Ivan masih ada. Ivan adalah adik. Itu tanggungjawab aku, bisik tajol sambil tersenyum. Mereka terus ke menepa ke kaunter GSC.” Hmmm, tengok cite ape ek?”, ivan bertanya. Fast and Furious 4?? Mereka besetuju.

Menunggu tayangan pukul 10 malam. Masih ada 2 jam sebelum midnight bermula. Mereka menjamah big apple yang baru dibeli di suatu sudut, sambil melihat gelagat mereka yang bermain ice skating, terdetik dihati untuk mencuba. Tapi ego masih terlalu tinggi tatkala terfikir kalau terjatuh.

Tatkala mata meliar melhat gelagat orang ramai, terkesima mata ivan memandang seorang awek yang sungguh cantik. Jantung mulai deras berdegup. Tajol memerhati ivan sambil tersenyum. Bagi tajol she’s not his type. Tajol orang kampung yang inginkan calon isteri yang bertudung. Tapi ivan yang more urban, itu adalah type nya. Matanya yang sepet makin membesar. “Ivan dah besar rupanya” , keluh tajol.

“Dommmm!!”, keadaan tiba-tiba menjadi bising. Bunyi yang kuat membuatkan Tajol terjaga dari lamunan. Melihat sekeliling, Ivan hilang dari pandangan. Jantung mulai berdegup kencang seakan sesuatu yang tak kena. Ramai yang menjerit, menjadikan Tajol terus panic mencari Ivan. Memandang ke bawah gelanggang ice skating, sekujur tubuh kaku di genangi darah hitam yang laju memancut. Itu Ivan. Tajol terpaku. Ivan jatuh dari tingkat 2. “Ivannnnnn”, Tajol menjerit sekuat hati sambil langkah laju terus dihayun menuju ke bawah. Air mata jantan terus deras meliar ke pipi…

Bersambung…

Thursday, April 9, 2009

I'M LOST


untuk pertama kali dalam hidup aku, terasa asing dibumi sendiri. Kenapa aku berada disini?? hah, keluh aku kegersangan menanti masa untuk ditamatkan. menyelusuri arus malam yang hangat, aku bersama teman lama ke gombak mencari halaman taman Melewar. kenapa aku bersetuju x pasti di benak kepala. Rupanya aku tersesat ke ceramah PAS dan PKR yang x pernah terlintas u kesitu. Aduh, aku dah GILA?? haha. terpaku melihat gelagat segerombolan fanatik pakatan rakyat sampai terasa bahang kehangatan sajian yang bakal dihidangkan. Kalau konsert AF of course aku paling hepy, tapi ni ceramah politik???? adus, aku dah tersilap datang. I'M LOST!!!!.. melihat mata ayub yang mengharap aku bersabar, aku kuatkan semangat demi membe yang paling suka nak bermanja ni..ok la.Mendengar ceramah Azmin Ali,aku terpaku. Inilah dinamakan Pakatan Rakyat. Menjelajah ke pelusuk, memaku mulut setiap pendengar, inilah formula paling mujarab yang terus menerjah kehati sanubari setiap yang mendengar. Aku bukannya fanatik politik. persetan sape pemimpin, semua materialistik. Tapi mendengar ceramah semalam menjadi penghidang halwa telinga, NOT BAD. Tapi this is for 1st and the last time..I'm not type like dis..political is not part of my life.sory yub,,if u asking me to another place is ok..but not for this MAT sabu place k..haha.


#Bro sms aku die dah pindah barang ke Rawang. Sedikit sayu kehilangan, tapi dun wory, i'll always pray for ur succes. Wa xkan lupakan advice lu. be strong!!!

Thursday, March 26, 2009

Lagu untukmu.

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah